(sumber gambar: google)
Terdapat lebih 15 – 20% bayi mengalami masalah ekzema, iaitu
satu situasi yang mana kulit menjadi kering dan gatal dan kebiasaannya berlaku sebelum
anak berusia 2 tahun. Kebiasaanya, masalah ini akan berkurangan sejajar dengan
usia bayi dan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ia tidak dapat
dipulihkan, namun dapat dikawal dengan rawatan yang sesuai.
Apa sebenarnya yang menyebabkan masalah ekzema ini?
Sebab berlaku ekzema sebenarnya
tidak diketahui tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu.
Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi
tiada yang mengetahui apa sebabnya.
Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang"
atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan
gatal selalu, tetapi semasa ekzema “meradang” tempat-tempat ini menjadi lebih
teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.
Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan
oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan
pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema
atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang
sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda
boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi
anda.
(sumber gambar atopic eczema: google)
Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya
adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah
didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat
juga.
Ekzema amat menyebabkan bayi tidak selesa kerana mereka tak mengelak
daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan jangkitan. Dalam beberapa kes, ekzema
boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya,yang boleh
mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.
(sumber artikel: babycentre)
0 comments :
Post a Comment