Kulit yang kering akan mengakibatkan ekzema menjadi lebih teruk, jadi anda dinasihatkan supaya mencegah keradangan kulit dengan cara memastikan kulit anak anda sentiasa lembap. Sebab itu, kanak – kanak yang menghadapi masalah ekzema dinasihatkan supaya menggunakan krim pelembap secara konsisten beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka menjadi kering dan gatal.
Pelembap mana yang sesuai dengan anak ekzema saya?
Terdapat banyak pelembap dalam pasaran dan kesesuaian adalah bergantung kepada individu. Ada yang berbentuk krim, salap dan losyen. Jadi, anda perlu mencuba bagi mendapatkan krim yang sesuai dengan anak anda. . Krim akueus ialah satu jenis pelembap yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.
Jika anda mencari produk yang semulajadi tanpa steroid dan bahan kimia membahayakan, anda boleh mencuba losyen pelembap / krim najlaa yang terbukti keberkesanannya dalam banyak situasi.
Perlu diingatkan penggunaan pelembap dalam kuantiti tertentu seperi yang diperskripsikan adalah perlu dipraktiskan secara konsisten. Ini membantu untuk memastikan kulit anak anda sentiasa lembap.
Apa kesan rawatan menggunakan steroid terhadap bayi saya?
Doktor selalunya
mengesyorkan bayi yang menghidap ekzema atopik menggunakan krim steroid namun penggunaannya yang berterusan boleh
menyebabkan kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang seta
pelbagai kesan sampingan lain jika tidak diambil dalam kuantiti yang betul.
Jadi, adalah penting krim
steroid digunakan dengan pada kuantiti
yang betu bergantung kepada tahap dan jenis ekzema anak anda. Dan, jangan lupa
untuk menggunakan banyak krim pelembap- menggunakan pelembap yang banyak tak
menjadi masalah.
Namun,
sebenarnya terdapat juga pelbagai rawatan alternatif ekzema yang tidak
bergantung kepada penggunaan steroid yang lebih selamat digunakan. Jadi, anda sebagai ibubapa bijaklah
memilih yang terbaik untuk anda.
0 comments :
Post a Comment