Blended of Homemade Organic and Natural Products

The Best Products For Your Loves One.

Najlaa Baby SkinCare Full Set (RM 210 SM)

The best choices for your child skin health.

Najlaa Baby Herbal Cream (RM 25 SM)

PM 012 365 8107 For more Info on Najlaa Products!

Najlaa Baby Serum (RM 45 SM)

PM 012 365 8107 For more Info on Najlaa Products!

Terima Kasih Ibu

PM 012 365 8107 For more Info on Najlaa Products! .

Tuesday, 28 February 2017

7 MANFAAT ALOE VERA DALAM HERBAL CREAM NAJLAA




Aloe vera telah digunakan untuk pelbagai tujuan sejak Mesir purba digelar "kilang keabadian."

Aloe vera adalah tumbuhan kaktus yang tergolong dalam keluarga Liliaceae. Ia tumbuh di kawasan iklim kering seperti Afrika dan India dan digunakan dalam perubatan selama berabad-abad.

Pelbagai kajian telah dijalankan untuk mengkaji manfaat aloe vera dan didapati aloe vera berkesan dalam merawat kulit kering, luka dan terbakar, jangkitan kulit yang kecil, sista, ekzema, herpes kemaluan, kelemumur, psoriasis, sariawan, ulser kulit dan lain-lain.


Berikut adalah 8 manfaat menggunakan gel aloe vera:

1. Merawat "Sunburn"
Aloe Vera membantu sunburn melalui aktiviti penyembuhan yang kuat di peringkat epitelium kulit, lapisan sel yang meliputi badan. Ia bertindak sebagai lapisan pelindung pada kulit dan membantu menambah kelembapan. Kandungan antioksidanya, menyembuhkan kulit dengan cepat.

2. Ia bertindak sebagai pelembap.
Aloe Vera melembapkan kulit tanpa memberikan rasa berminyak. Mengelakkan pengeringan kulit.

3. Ia merawat jerawat.
Aloe vera gel mengandungi dua hormon: auksin dan Gibberellins. Kedua-dua hormon menyediakan penyembuhan luka dan anti-radang yang mengurangkan keradangan kulit. Giberellin dalam aloe vera bertindak sebagai hormon pertumbuhan merangsang pertumbuhan sel-sel baru. Ia membolehkan kulit untuk sembuh dengan cepat dan secara semula jadi dengan parut yang minimum.

Aloe adalah menenangkan dan boleh mengurangkan radang kulit, melepuh dan gatal, di samping membantu kulit untuk sembuh dengan lebih cepat. Selain itu, dalam bidang perubatan Ayurvedic, Aloe digunakan untuk menyembuhkan masalah kulit kronik seperti psoriasis, jerawat dan ekzema secara berkesan.

4. Ia melawan penuaan.
Apabila kita semakin tua, semua orang mula bimbang tentang kemunculan garis-garis halus dan kehilangan keanjalan pada kulit mereka. Aloe Vera mengandungi pelbagai jenis antioksidan termasuk beta karotena, vitamin C dan E yang dapat membantu meningkatkan ketegangan semulajadi kulit dan hidrasi.

5. Mengurangkan  stretch mark.
Kulit bersifat elastik. Namun jika kulit tertarik terlalu jauh, terlalu cepat (disebabkan oleh mengandung, obesiti) keanjalan kulit boleh rosak. Itulah yang menyebabkan stretch mark hodoh. Aloe vera gel membantu menhilangkan stretch mark.

6. Ia kaya nutrien untuk kesihatan yang baik.
Aloe Vera mengandungi lebih daripada 75 nutrien termasuk vitamin, mineral, enzim, gula, anthraquinones atau sebatian fenolik, lignin, saponin, sterol, asid amino dan asid salisilik.

7. Ia melegakan penyakit periodontal.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Ethnopharmacology, ia amat berguna dalam rawatan penyakit gusi seperti gingivitis, periodontitis. Ia mengurangkan pendarahan, keradangan dan bengkak pada gusi.

Ia merupakan anti-septik dan anti-kulat yang sangat membantu dalam masalah Vesicular gigi palsu, retak dan ulser mulut.

Friday, 10 February 2017

Cara Rawatan Ekzema Untuk Bayi


Secara umumnya, rawatan ekzema adalah bergantung kepada jenis ekzema dan tahap keterukkan ekzema tersebut. Jika ekzema tersebut adalah tidak teruk, hanya sedikit sahaja ruang gatal dan merah, anda dihasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap yang sesuai untuk rawatan ekzema. Elakkan pengunaan krim yang mengandungi steroid, jika boleh.

Kulit yang kering akan mengakibatkan ekzema menjadi lebih teruk, jadi anda dinasihatkan supaya mencegah keradangan kulit dengan cara memastikan kulit anak anda sentiasa lembap. Sebab itu, kanak – kanak yang menghadapi masalah ekzema dinasihatkan supaya menggunakan krim pelembap secara konsisten beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka menjadi kering dan gatal.

Pelembap mana yang sesuai dengan anak ekzema saya?

Terdapat banyak pelembap dalam pasaran dan kesesuaian adalah bergantung kepada individu. Ada yang berbentuk krim, salap dan losyen. Jadi, anda perlu mencuba bagi mendapatkan krim yang sesuai dengan anak anda. . Krim akueus ialah satu jenis pelembap  yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda

Jika anda mencari produk yang semulajadi tanpa steroid dan bahan kimia membahayakan, anda boleh mencuba losyen pelembap / krim najlaa yang terbukti keberkesanannya dalam banyak situasi.

Perlu diingatkan penggunaan pelembap dalam kuantiti tertentu seperi yang diperskripsikan adalah perlu dipraktiskan secara konsisten. Ini membantu untuk memastikan kulit anak anda sentiasa lembap.

Apa kesan rawatan menggunakan steroid terhadap bayi saya?


Doktor selalunya mengesyorkan bayi yang menghidap ekzema atopik menggunakan krim steroid  namun penggunaannya yang berterusan boleh menyebabkan kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang seta pelbagai kesan sampingan lain jika tidak diambil dalam kuantiti yang betul.

Jadi, adalah penting krim steroid  digunakan dengan pada kuantiti yang betu bergantung kepada tahap dan jenis ekzema anak anda. Dan, jangan lupa untuk menggunakan banyak krim pelembap- menggunakan pelembap yang banyak tak menjadi masalah.


Namun, sebenarnya terdapat juga pelbagai rawatan alternatif ekzema yang tidak bergantung kepada penggunaan steroid yang lebih selamat digunakan. Jadi, anda sebagai ibubapa bijaklah memilih yang terbaik untuk anda.







Kenapa bayi saya Ekzema? Apa sebenarnya yang menjadi punca ekzema ini?

(sumber gambar: google) 

Terdapat lebih 15 – 20% bayi mengalami masalah ekzema, iaitu satu situasi yang mana kulit menjadi kering dan gatal dan kebiasaannya berlaku sebelum anak berusia 2 tahun. Kebiasaanya, masalah ini akan berkurangan sejajar dengan usia bayi dan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ia tidak dapat dipulihkan, namun dapat dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Apa sebenarnya yang menyebabkan masalah ekzema ini?

Sebab berlaku  ekzema sebenarnya tidak diketahui tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi semasa ekzema “meradang” tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda.

(sumber gambar atopic eczema: google)

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.

Ekzema amat menyebabkan bayi tidak selesa kerana mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan jangkitan. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya,yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.

(sumber artikel: babycentre)
  

Saturday, 4 February 2017

NAJLAA ESSENTIAL OIL

Najlaa Essential Oil Adalah merupakan formulasi terkini yang lebih hebat kaya dengan Extra Virgin Coconut Oil,  Minyak Zaitun, Ektrak Bunga Sakura & Rose, Ekstrak Lavender serta mengandungi vitamin A dan E serta minyak antipenuaan Grapeseed Oil.



======================
*KANDUNGAN & FUNGSI*
======================
     *Minyak kelapa dara*
  • pelembap berkesan dan melambatkan kedutan di samping mencantikkan kulit
     *Minyak vitamin A*
  • Menyempurnakan proses fisiologi kulit untuk menggalakkan pertumbuhan kulit yang lebih sihat & berseri
     *Vitamin E*
  • Antioksida, antipenuaan, menghilangkan parut & kedutan
     *Mineral Oil*

     *Sakura Extract*
  • Memberi kesan wangi yang lembut & semulajadi
     *Minyak zaitun*
  •  Pelembap semulajadi yang kaya dengan vitamin E

Najlaa Essential Oil bukan sekadar membantu untuk melebatkan rambut kehitaman, ia juga boleh disapu pada kulit untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat, cantik tanpa kedutan.



Produk Penjagaan Kulit Bayi Najlaa

Najlaa adalah merupakan produk bayi yang berasaskan minyak kelapa dara, pelbagai essential oils serta ekstrak herba-herba semulajadi terbaik yang menjadikan produk ini berkesan untuk pelbagai kegunaan bagi merawat kulit bayi yang bermasalah. 

Terdapat 8 produk dalam set najlaa baby skincare, yang terbaru adalah shower bath yang akan dilancarkan  dalam masa terdekat ini.