Blended of Homemade Organic and Natural Products

The Best Products For Your Loves One.

Najlaa Baby SkinCare Full Set (RM 210 SM)

The best choices for your child skin health.

Najlaa Baby Herbal Cream (RM 25 SM)

PM 012 365 8107 For more Info on Najlaa Products!

Najlaa Baby Serum (RM 45 SM)

PM 012 365 8107 For more Info on Najlaa Products!

Terima Kasih Ibu

PM 012 365 8107 For more Info on Najlaa Products! .

Wednesday, 12 April 2017

Najlaa Baby Skincare UNIK dan Lambang Produk SEMULAJADI yang EKLUSIF


Kami adalah pakar dalam menghasilkan produk penjagaan kulit bayi yang luar biasa baik dan sihat. Sentiasa semula jadi, murah, berkesan dan selamat adalah matlamat kami dalam membantu orang ramai.

Produk NajLaa adalah simbol kesihatan mewah dan kecantikkan. Kami menggunakan herba herba organik terpilih sebagai bahan asas dan produk Najlaa adalah 100% bebas daripada sebarang bahan kimia berbahaya.

Semua produk kami kaya dengan pelbagai nutrien untuk kulit, menggunakan bahan asas minyak kelapa dara, herba-herba segar, essential oil dan Vitamin E untuk melindungi, menyembuhkan dan membelai kulit anda dengan penuh kasih sayang.

Selain itu, produk ini dicipta sendiri oleh perumus kosmetik muslim yang juga pakar dalam dietetik dan pemakanan. Jadi dia lebih mengetahui jenis-jenis vitamin dan nutrien yang diperlukan oleh kulit anda.

Apakah harapan yang kami boleh janjikan, jika anda menggunakan produk ini?

Anda tidak perlu bimbang kulit menjadi rosak atau mereput dengan menggunakan produk ini. Anda akan rasai sentuhan alam semula jadi, sentiasa dilindungi, tenang dan selamat.

Anda akan mendapat kehidupan dan kesihatan yang lebih baik, herba herba perubatan di dalam produk NajLaa membantu untuk menyembuh dan melegakan selesema, hidung berair, penyakit kulit seperti ruam, terbakar-melecur, jangkitan kulit, ekzema dan lain-lain
Produk ini kaya dengan antioksidan, yang aktif melawan proses penuaan, supaya anda kelihatan lebih muda dan cantik daripada umur . Dapatkannya sekarang !!

Klik untuk PM http://wasap.my/+60123658107/NAJLAA

#NajlaaBabySkincare
#najlaaputrajaya

10 MANFAAT KUNYIT HITAM DALAM NAJLAA BALM KUNYIT HITAM



#KunyitHitam ini merupakan tumbuhan yang sukar didapati dan mahal. Namun banyak khasiat yang terkandung didalamnya. Dari segi cerita mistik... Kunyit hitam dipercayai Boleh dijadikan bahan penarikan harta, emas dan wang dari alam ghaib.

Sangat ampuh dan mujarab bagi perubatan misteri. Kunyit hitam mempunyai batang dan bawah kelopak daunnya hitam. Ubi kunyit hitam gelap jika sudah cukup matang.  Kunyit hitam asli hanya dimiliki oleh orang-orang yang mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi dan ilmu bagaimana untuk menyemainya. Kunyit ini lebih senang mati dari hidup.

Antara 10 fungsi kunyit hitam termasuklah;

  1. Kunyit ini merupakan ANTI KANSER. Mengandungi antioksida kuat utk melawan sel kanser
  2. Ia menyedut keluar BISA ular dan kala jenking serta binatang berbisa lain
  3. Baguss utk batuk SELSEMA, asthma dan penyakit penyakit respiratory
  4. Bagus utk kesihatan WANITA yg bermasalah spt menopouse, haid tdk menentu.
  5. Kunyit ini mempunyai misterinya tersendiri... dikatakan bernilai sama dgn emas dialam bunian. Kunyit ini spt tebu hitam... dapat menyerap aura negatif makhluk halus.
  6. Bersifat antibakteria dan antivirus... sesuai utk penyakit kulit akibat jangkitan kuman spt kudis dan kusta.
  7. Digunakan spt pilis... disapu pada dahi dan perut wanita selepas bersalin di India. Utk mengelakkan ANGIN ROYAN.
  8. Membuang lemak2 pada perut
  9. Menambah ketahanan badan kpd pesakit HIV , ambil spt suplemen.
  10. Disapu pada LUKA... cepat kering. Disapu pada sakit sakit SENDI atau athritis... cepat hilang sakitnya.

NajLaa Baby Skincare telah mengeluarkan EDISI TERHAD balm kunyit hitam. Sangat istimewa dan byk manfaat. 

Untuk order boleh Whatsapp Eyza (0123658107) atau buat pembelian di www.mithalimoms.com.my

Sunday, 26 March 2017

#KHASIAT Minyak Biji Anggur



Salah satu kandungan #EssentialOilNajlaa ialah Minyak Biji #Anggur. Minyak ini mengandungi linoleic acid, protein, mineral dan Vit E yg membantu penumbuhan rambut yg sihat. Antipenuaan, Collagen booster dan menyembuhkan luka.

Bagusss bukan 😍 , Benarkan minyak ini membelai rambut sikecil dan anda utk khasiat yg #HEBAT

#najlaaputrajaya
#najlaababyskincareputrajaya

Thursday, 23 March 2017

INFO LENGKAP TENTANG ECZEMA


1) Apakah Ekzema dan Gejala Gejalanya?

Ekzema (dikenali sebagai dermatitis atopik) memberi kesan kepada kira-kira 10 hingga 20 peratus kanak-kanak, kebanyakkan mempunyai gejala yang tidak teruk, tetapi ada kronik dan tidak srmbuh walau dewasa

Ciri gejala ekzema ternasuklah ruam bersisik merah yang mungkin berkerak ; kulit kering gatal, kata Miriam Weinstein, pakar dermatologi pediatrik di Hospital Toronto .
Bayi selalu mengalami ekzema pada dahi, pipi dan kulit kepala, pelipat dan juga siku. "ruam boleh terjadi di mana mana sahaja bahagian kulit" kata Weinstein.

2) Siapa yang berisiko mendapat ekzema?

Jika anda atau ada ahli keluarga yang ekzema, asma atau resdung,  allergik, anak anda berisiko mendapat ekzema, tetapi anak-anak yang tidak mempunyai sejarah allergik dalam keluarga pun boleh mendapat ekzema. Ia biasanya muncul sebelum umur dua tahun.

"Berita baiknya 60 hingga 70 peratus kanak-kanak akan sembuh daripada ekzema bila meningkat remaja" kata Janice Heard, pakar kanak-kanak.

3) Apa yang menyebabkan ekzema?

Kulit biasa bertindak sebagai halangan ia memegang air di dalam dan pada masa yang sama melindungi apa yang di bawahnya dari dunia luar. Disebabkan oleh kecacatan dalam genetik, penghidap ekzema mempunyai halangan kulit yang rosak.

Kulit hilang kelembapan, dan bendasing mudah menembusi kulit dan masuk ke dalam badan dan "menghidupkan" sel-sel imun kulit. Inilah yang mencetuskan keradangan dan membawa kepada gatal-gatal dan ruam. (Virus dan bakteria tertentu juga mudah menjangkiti, menjadikan bayi dan kanak-kanak ekzema lebih terdedah kepada jangkitan kulit.)

4) Apa yang boleh anda lakukan?

"Kita tidak boleh menyembuhkan ekzema, ia adalah penyakit genetik,  tetapi ia adalah satu penyakit yang boleh dikawal," Weinstein.

Pakar mengesyorkan setiap hari 15 minit rendam dalam air suam untuk menambah kelembapan kulit . Elakkan air panas, sabun kimia dan mandi buih, yang boleh menyebabkan gatal, kemerahan dan ekzema flare-up. Untuk semua jenis cucian, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, mainan kanak kanak, guna sabun yang tidak tajam.

Selepas anak anda mandi, perlahan-lahan tepuk tepuk tuala pada badannya untuk menyerap air, semasa kulitnya masih sangat lembap, sapu krim pelembap. Sepanjang hari pastikan dia memnyapu krim pelembap 2-3kali

Pilihan krim bergantung kepada kesesuaian kulit anak anda. Pesakit ekzema mempunyai alahan yang berbeza. Cuba dahulu mana-mana krim yang dicadangkan, jika tidak merengsakan kulit dan menjadi radang maka krim itu sesuai untuk anak anda. Mulakan rawatan ekzema seawal yang mungkin.

5) Mencegah flare-up?
Anda harus mengetahui apakah punca yang boleh menyebabkan ekzema flare up. Antara penyebabnya mungkin termasuk fragrance dan pewarna dalam produk seperti syampu, sabun, bahan pencuci pakaian dan juga kain kasar seperti bulu domba.

Ada juga yang bertindak balas kepada bulu haiwan. Menggaru juga boleh menyebabkan flare up, jadi pastikan kuku bayi pendek dan licin.

Bagi sesetengah kanak-kanak, cuaca yang panas serta udara yang hangat boleh mencetus ekzema. Hal ini sering tidak dapat dielakkan.

Sesetengah pesakit alah pada makanan tertentu seperti makanan laut, kacang, susu, makanan bergula dan sebagainya. Malangnya, banyak ekzema flare up tanpa sebab yang diketahui

6) Bagaimana Merawat ruam ekzema?

Tidak kira berapa rajin anda  menggunakan krim untuk mengelakkan iritasi, ruam ekzema anak anda masih muncul.

Caranya adalah dengan cepat menyapu krim untuk menenangkan sel-sel imun yang terlalu aktif sebaik sahaja anda melihat kemerahan, ruam ruam atau kulit kasar.

Ramai ibu bapa takut untuk menggunakan krim steroid, mereka bimbang tentang akibat steroid seperti penipisan kulit, dan pelbagai lagi kesan buruk steroid.

Penggunaan steroid dalam jangka masa lama memang memudaratkan. Namun jika hanya untuk digunakan dalam masa terhad, ketika ruam ekzema flare up dan menjadi kronik adalah tidak mengapa. Selepas ekzema menjadi stabil, anda boleh lah menggunakan krim semulajadi.

7) Bagaimana dengan Alahan Makanan ?

Alahan makanan telah dianggap sebagai penyebab ekzema, namun kajian baru-baru ini, ramai pakar percaya ia berlaku sebaliknya. Ekzema boleh membawa kepada alahan makanan, kata Edmond Chan, ketua alahan dan imunologi di Hospital BC Kanak-kanak di Vancouver.

Sebagai contoh, jika zarah protein kacang tanah, masuk ke kulit kering pecah sebelum seorang kanak-kanak mula makan makanan yang mengandungi kacang, ini boleh memprogramkan sistem imunnya untuk alahan kepada kacang.

8) Bagaimana menggunakan produk Najlaa untuk ekzema ?

Produk Najlaa Herbal Cream, Balm, Sakura soap dan Serum di rumus menggunakan herba- herba perubatan seperti daun senna, kunyit, bonglai dan sebagainya yang memberi manfaat baik kepada ekzema.

Selain itu produk ini menggunakan bahan bahan asas seperti minyak kelapa dara dan minyak zaitun, yang dipercayai membantu mengurangkan gejala ekzema.

Herbal Cream dan Serum turut dirumus menggunakan mineral Zinc Oxide, yang sangat terkenal untuk menhilangkan ruam-ruam kulit. Serta mengandungi gliserin sayuran, yang berkesan dalam menambah kelembapan kulit.

9) Cara guna produk Najlaa untuk ekzema?

*👉Eczema Kering*
===============
▶Jika kulit gatal- gatal. Sapu balm dahulu kemudian herbal cream. Lakukan sekurang kurangnya 2x sehari
▶ Selepas 30 minit kemudian, sapu serum di bahagian eczema tersebut.
Tujuannya untuk melembapkan kulit yg kering tersebut.
▶ Sabun Sakura digunakan untuk mandian 'top-to-toe'. Untuk ekzema kronik, anda boleh potong sebahagian sabun, rendam dalam air, goncang dan gunakan untuk cucian badan
--------------------------------------

*👉Eczema Basah*
(Ruam-ruam berair)
================
▶ Sapu Herbal Cream sekurang kurangnya 2x sehari. Sapu sehingga ruam betul-betul kering & sembuh.
▶ Setelah sembuh & kering sepenuhnye, sapu bahagian tersebut dengan serum untuk penjagaan kulit supaya kekal lembap, lembut & tidak merekah semula.
▶ Sabun Sakura digunakan untuk mandian 'top-to-toe'. Untuk ekzema kronik, anda boleh potong sebahagian sabun, rendam dalam air, goncang dan gunakan untuk cucian badan..

#ekzema
#najlaa
#najlaaputrajaya

Wednesday, 22 March 2017

Kelebihan Oat Dalam Najlaa Sakura Soap


Sakura soap Najlaa merupakan sabun herba berkelembapan tinggi yang turut mengandungi Oatmeal. Jom fahami, mengapa Oats telah dipilih sebagai salah satu bahan penting sabun ini:

1. Digunakan Untuk Mandian
Oatmeal akan membersihkan kulit sekaligus menjaga kelembapannya serta melembutkan kulit.

2. Mengatasi Gatal pada Kulit
Menurut American Academy of Dermatology, kulit gatal dan kulit kering berpunca daripada pH tinggi. Oatmeal boleh membantu menormalkan pH kulit sekaligus meredakan gatal-gatal atau rasa tidak scelesa pada kulit.

3. Pembersih Wajah
Oatmeal mengandungi Saponin. Agen pembersih kulit yang bagus

4. Exfoliator Kulit Semulajadi
Jika kita berlebihan menggunakan scrubs, kulit wajah akan  menjadi tegang dan merah. Tetapi dengan menggunakan oats ianya lebih selesa dan tak menyakitkan.
Kulit menjadi lebih cerah karena sel-sel kulit mati terkelupas tanpa membuat kulit wajah radang.

5. Mengatasi Jerawat
Oatmeal dalam Sakura Soap boleh menyerap minyak pada kulit, menentang bakteria pada wajah, serta membantu pengelupasan kulit mati.
Ciri ciri ini sesuai untuk merawat jerawat

6. Menyerap Lebihan Minyak & Kotoran pada Rambut
Selain mampu menyerap dan menghilangkan lebihan minyak dan kotoran pada kulit, oatmeal juga membantu menyerap lebihan minyak dan kotoran pada rambut.
Masukkan sakura soap yang telah dipotong dan air secukupnya ke dalam botol. Goncang sehingga sebati. Gunakan untuk mencuci wajah dan rambut.

7. Membantu merawat kulit Ekzema
Oatmeal meningkatkan kelembapan kulit, mengurangkan rasa gatal gatal dan mengembalikan "skin barrier" pada kulit. Ciri ciri ini sangat bagus untuk kulit ekzema.
Selamat mengguna Sakura Soap Najlaa. Sabun herba alami yang mengandungi oat untuk cucian yang selesa nyaman dan selamat.

#SakuraSoap Najlaa
#najlaaputrajaya

FAQ Najlaa Baby Balm dan Herbal Oil


Soalan: Baby balm boleh ke nk masukkan dlm set eczema?
Jawapan: Boleh...Jika pesakit eczema tidak allergic dgn kandungan balm.

Soalan: Kalau dah luka eczema tu boleh ke letak balm?
Jawapan: Seeloknya biarkan luka kering dahulu. Namun jika pesakit eczema mempunyai daya tahan pada rasa "pedas" balm tidak mengapa. Balm bersifat anti septic dan tdk menyebabkan jangkitan.

Soalan: Balm ni kalau eczema kat bhgn muka boleh letak tak?
Jawapan: Boleh. Namun untuk bayi dan kanak2 elakkan.. Jika masuk mata. Masalah lain pula.

Soalan: Adakah sapuan balm pada badan (sapuan kerap) akan meninggalkan kesan lebam/hitam pada kulit?
Jawapan: Boleh sekiranya digunakan melebihi daripada min kekerapan yang dinasihatkan. Balm mengandungi 1-2 jenis herba bersifat panas. Tidak sesuai digunakan lebih daripada 4 kali.

Soalan: Antara balm dan herbal oil, yang mana boleh guna dgn kerap ?
Jawapan: Herbal oil boleh diguna kerap berbanding balm.

Soalan: Balm boleh digunakan setiap hari selepas mandi or guna masa batuk dan selsema je?
Jawapan : Untuk dewasa, boleh digunakan setiap hari. Jika utk bayi dan kanak2, guna jika ada keperluan sahaja.

Soalan: Kekerapan sapuan terbaik untuk batuk selsema?
Jawapan: 2-4x kekerapan. Sapuan nipis sahaja.

Tuesday, 14 March 2017

8 Khasiat Minyak ARGAN dalam Essential Oil Najlaa utk Rambut



Minyak Argan sangat bermanfaat untuk pertumbuhan serta penjagaan rambut yang sihat. Cecair EMAS ini memberikan nafas baru kepada rambut kering, kusut, beruban, cabang, rapuh dan sebagainya.

Minyak Mahsyur ini mempunyai beberapa khasiat seperti berikut :-

1-Minyak Argan menghidrat rambut dengan cara semulajadi dan mengurangkan kekasaran rambut.

2-Minyak Argan mampu menembusi ke liang rambut serta meningkatkan pertumbuhan dan keanjalan rambut.

3-Minyak Argan mampu merawat pertumbuhan rambut yang tidak terkawal serta tidak terurus.

4-Anti-oksidan semulajadi yang terdapat dalam Minyak Argan mampu mengukuhkan rambut dengan membaik pulih sel sel yang rosak.

5-Kehadiran Vitamin E dalam Minyak Argan menjadikannya agen terbaik untuk rawatan rambut secara semulajadi dan memelihara rambuat daripada agen perosak.
6-Para penyelidik percaya bahawa Minyak Argan berfungsi mengekalkan kelembapan serta mengembalikan kilau dan sinar rambut.
7-Pakar-pakar rambut mempercayai Minyak Argan merupakan pilihan yang tepat untuk menyembuhkan serta memulihkan rambut yang rosak, kering dan lemah akibat daripada persekitaran alam sekitar, amalan penggayaan yang berlebihan dan sebagainya.
8-Kaya dengan asid lemak tak tepu seperti Omega 3 dan Omega 9, Minyak Argan adalah sumber komponen penting pemakanan untuk liang-liang akar rambut. Asid lemak tak tepu ini mengukuhkan struktur ikatan protein dalam rambut dan dengan itu meningkatkan kekuatan rambut serta penyembuhan sehingga ke hujung rambut.

Gunalah Essential Oil Najlaa hari ini, untuk rambut hitam lebat bersinar yg cantik dan sihat

#EssentialOilNajlaa